Malaysia tewaskan Jepun 5-4, hidupkan peluang mara separuh akhir ACT 2024

Malaysia tewaskan Jepun 5-4, hidupkan peluang mara separuh akhir ACT 2024

PASUKAN hoki kebangsaan tewas kepada Jepun menerusi penentuan penalti shoot-out 2-4 selepas terikat 4-4 pada Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2024 di Hulunbuir, China, hari ini. - IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan hoki kebangsaan menghidupkan peluang untuk mara ke separuh akhir Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2024 di Hulunbuir, China selepas menewaskan Jepun 5-4, sebentar tadi.

Speedy Tigers akhirnya melakar kemenangan pertama mereka di kejohanan tersebut selepas tewas kepada China dan India serta seri bersama Pakistan sebelum ini.

Pada aksi yang berlangsung di Kem Latihan Moqi, Speedy Tigers membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti Syed Syafiq Syed Cholan pada minit ke-12.

Selang sembilan minit kemudian, Norsyafiq Sumantri meletakkan Malaysia mendahului 2-0 pada minit ke-21 menerusi gol padang.

Tersentak dengan dua gol terbabit, Ken Nagayoshi menyamakan kedudukan apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-24 dan 28 sebelum tamat separuh masa pertama.

Babak kedua bermula, Jepun yang ketinggalan dua gol kini mendahului 3-2 selepas Tsubasa Tanaka menjaringkan gol padang pada minit ke-36.

Bagaimanapun, semangat juang yang tinggi dipamerkan oleh Speedy Tigers membuahkan hasil apabila Syed Syafiq, Syarman Mat Tee dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal menjaringkan gol untuk meletakkan Malaysia di kedudukan 5-3.

Hasrat Jepun untuk meloloskan diri ke kelompok empat terbaik tidak kesampaian apabila mereka hanya mampu menjaringkan gol keempat menerusi Kazumasa Matsumoto pada minit ke-51 sehingga tamat permainan.

Malaysia yang berada di tangga tercorot sebelum ini sudah merealisasikan misi wajib menang mereka ke atas Jepun untuk berada di kelompok empat terbaik daripada enam negara bagi meloloskan diri ke separuh akhir.

Seterusnya Malaysia akan mengharungi ujian getir menentang Korea Selatan yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini pada pukul 1.30 petang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN