Malaysia juara Pestabola Merdeka 2024

Malaysia juara Pestabola Merdeka 2024

PEMAIN negara meraikan gol jaringan Romel Morales dalam aksi final Pestabola Merdeka 2024 menentang Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menumpaskan Lubnan 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.

Romel Morales menjadi wira Harimau Malaya selepas gol tunggalnya pada minit ke-33 berjaya menamatkn kemarau Malaysia untuk menjulang piala.

Gol itu terhasil selepas Morales berjaya melakukan rembatan dari dalam kotak penalti selepas keadaan kelam kabut hasil lontaran ke dalam jarak jauh yang dilakukan Corbin Ong.

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan bersambung babak kPEMAIN negara meraikan gol jaringan Romel Morales dalam aksi final Pestabola Merdeka 2024 menentang Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil.edua Pau Marti Vicente melakukan pertukaran strategi bagi memantapkan lagi skuad negara.

Vicente melakukan pertukaran strategi dengan membawa masuk Akhyar Rashid dan Arif Aiman Hanapi bagi menggantikan Syafik Ahmad serta Safawi Rashid.

Percaturan itu nampak menjadi dengan Arif hampir menggandakan kedudukan buat Malaysia pada minit ke-52, namun percubaan menariknya berjaya diselamatkan penjaga gol Lubnan, Mehdi Khalil.

Dua minit kemudian, Khalil sekali lagi bertindak cemerlang apabila berjaya menyelamatkan percubaan satu lawan satu ketika berdepan Akhyar.

Pada minit ke-82 Lubnan terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Khalil Khamis dilayangkan kad kuning kedua selepas Khalil Khamis mengasari Arif Aiman.

Perlawanan agak tegang pada babak terakhir dengan corak permainan keras dipamerkan Lubnan yang memburu gol penyamaan.

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan sekali gus menyaksikan Vicente lulus tugasan pertamanya selepas mengambil alih jawatan pengendali Harimau Malaya daripada Kim Pan Gon.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih kejuaraan di pentas antarabangsa adalah pada saingan Piala AFF pada 2010.

Pada peringkat temasya ialah Sukan SEA 2011 apabila merangkul pingat emas dan kali terakhir pasukan kebangsaan mengungguli Pestabola Merdeka ialah pada 2013 menerusi skuad bawah 23 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya