Malaysia dahului Lubnan 1-0

Malaysia dahului Lubnan 1-0

PEMAIN negara meraikan gol jaringan Romel Morales dalam aksi final Pestabola Merdeka 2024 menentang Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya mendahului Lubnan 1-0 pada separuh masa pertama perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam ini.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Romel Morales pada minit ke-33 selepas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu melakukan rembatan jarak dekat di dalam kotak penalti.

Penyerang naturalisasi negara itu memanfaatkan peluang terhidang selepas keadaan kucar kacir didalam kotak penalti selepas Corbin Ong melakukan balingan ke dalam menarik.

Dalam aksi itu, anak-anak buah Pau Marti Vicente menguasai perlawanan sejak wisel permulaan dibunyikan dengan skuad negara merencanakan pelbagai gerakan menarik.

Prestasi yang dipamerkan malam ini jauh berbeza dengan aksi menentang Filipina dengan setiap gerakan pemain negara mendapat sokongan lebih 10,000 penyokong setia di SNBJ.

Pada separuh pertama, penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi juga tidak banyak diuji dengan pemain kelahiran Kelantan itu dilihat lebih banyak menerima hantaran belakang daripada pertahanan sendiri.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya