Madrid gantung lesen operasi syarikat sewaan skuter elektrik

Madrid gantung lesen operasi syarikat sewaan skuter elektrik

HAMPIR 90 peratus pengundi dalam referendum itu menyokong pengharaman skuter elektrik yang disewa. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pihak berkuasa Madrid mengumumkan akan menarik balik lesen operasi syarikat-syarikat penyewaan skuter elektrik Lime, Dott, dan Tier, iaitu satu langkah yang akan menyaksikan skuter elektrik sewaan dihapuskan daripada jalan-jalan di sekitar ibu kota Sepanyol itu.

Datuk Bandar Madrid, José Luis Martínez-Almeida, mengumumkan keputusan tersebut pada Khamis, manakala majlis bandaraya mengeluarkan kenyataan menyatakan ketiga-tiga syarikat tersebut gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam permit mereka, yang diberikan pada Mei 2023.

Menurut Majlis bandaraya itu, syarikat-syarikat berkenaan menghalang usaha pihak berkuasa untuk memeriksa operasi mereka dengan tidak menyediakan maklumat yang diperlukan atau memberi akses kepada mereka sekaligus tidak memenuhi syarat-syarat permit yang diberikan.

“Kegagalan ini termasuk kekurangan perkhidmatan di seluruh bandar, kekurangan perlindungan insurans, dan ketiadaan teknologi yang menghalang kenderaan daripada beredar atau diparkir di kawasan larangan,” menurut kenyataan itu.

Lime, Dott, dan Tier merupakan syarikat yang dipilih untuk menawarkan perkhidmatan sewaan skuter elektrik di Madrid, dengan setiap syarikat diberikan permit untuk 2,000 skuter.

Tambah majlis bandaraya, keputusan majlis itu juga bermaksud skuter sewaan akan hilang dari bandar mulai Oktober.

Setelah proses penarikan permit dimulakan, syarikat-syarikat tersebut akan mempunyai 20 hari untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu, tambah kenyataan tersebut.

Madrid bukanlah kota pertama yang mengambil tindakan terhadap penyewaan skuter elektrik, yang semakin menjadi isu kontroversi.

Ogos lalu, pegawai di bandar Melbourne, Australia memutuskan untuk mengharamkan penyewaan skuter elektrik, dengan alasan kebimbangan keselamatan susulan ratusan aduan dan laporan kemalangan.

April tahun lalu, penduduk Paris mengundi untuk mengharamkan skuter elektrik sewaan di ibu kota Perancis itu, dengan larangan itu berkuat kuasa pada akhir bulan Ogos, apabila kontrak operator skuter tamat. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN