LTdL 2024: Syritsa ungguli peringkat pertama

LTdL 2024: Syritsa ungguli peringkat pertama

PELUMBA Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa (tengah) memenangi perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 diikuti Tyler Tomkinson yang meraih gelaran Raja Bukit (kiri) serta Muhammad Nur Aiman Rosli selaku Pelumba Terbaik Asia (kanan) di sini, semalam - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pelumba Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa membuka langkah kanan di Le Tour de Langkawi (lLTdL) 2024, selepas mengungguli perlumbaan peringkat pertama mengelilingi Pulau Langkawi sejauh 96.5 kilometer (km), pagi tadi.

Syritsa mempamerkan kayuhan terbaiknya melintasi garisan penamat menerusi penamat beramai-ramai dengan catatan dua jam empat minit 37 saat (s) memintas wakil Team DSM-Firmenich PostNL, Casper Van Uden yang menduduki carta kedua.

Tempat ketiga pula menjadi milik pelumba VF Group-Bardiani CSF-Faizane, Lorenzo Conforti selepas melintasi garisan penamat.

 

 

Kemenangan Syritsa memberi kelebihan untuknya menyarungkan Jersi Hijau (pendahulu keseluruhan) manakala kedudukan Xavier Canellas di tempat kedua selepas dibantu oleh kemenangan di dua zon pecutan iaitu Harbour Park dan Bayas.

Syritsa turut meraih Jersi Jingga (Raja Pecut) apabila mengumpul 17 mata diikuti Van Uden (12 mata) dan Conforti sebanyak sembilan mata.

Dalam pada itu, Jersi Polka Dot (Raja Bukit) menjadi milik pelumba Ara Skip Capital, Tyler Tomkinson selepas menawan zon pendakian di Look Out Point sekali gus mengumpul dua mata.

Sementara itu, Muhammad Nur Aiman Rosli berjaya membolot Jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia) selepas menduduki tempat kedua di zon pecutan serta zon pendakian.

Perlumbaan peringkat kedua akan dijadualkan berlangsung esok, dari Arau ke Butterworth yang merangkumi jarak sejauh 154.5km. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya