LTdL 2024: Elmi patah jari, didenda RM978.50

LTdL 2024: Elmi patah jari, didenda RM978.50

PELUMBA skuad kebangsaan, Muhammad Elmi Jumari mengalami kecederaan sebelum melintasi garisan penamat peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 hari ini. - IHSAN ORANG AWAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pelumba berpengalaman pasukan kebangsaan, Muhammad Elmi Jumari didenda 200 Swiss Franc (RM 978.50) oleh Persekutuan Berbasikal Kebangsaan (UCI) selepas mengalami kemalangan tragis pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 peringkat kedua dari Arau ke Butterworth, hari ini.

Menerusi keputusan yang dikeluarkan oleh pihak komisar LTdL, Elmi didakwa menjadi punca kemalangan saingan terbabit ketika perlumbaan menuju ke garisan penamat.

Keputusan itu sekali gus memberi detik hitam buat skuad kebangsaan selepas jurulatihnya, Mohd Yusof Nasir mengesahkannya jari pelumba berusia 34 tahun itu patah.

Yusof turut mengesahkan bahawa Elmi kini kini dipindahkan ke hospital swasta daripada Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan penilaian dan rawatan lanjut.

“Saya dimaklumkan Elmi mengalami patah jari dan bukan putus seperti yang ditularkan.

“Namun, Elmi berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan tetapi masih belum boleh menerima mana-mana pelawat ketika ini,” kata Yusof.

Saingan peringkat kedua sejauh 154.5 kilometer (km) itu menyaksikan Matteo Malucelli dari pasukan JCL Team UKYO bergelar juara dengan catatan 3 jam 34 minit 54 saat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN