Lima ahli GISBH dipercayai cuba larikan diri ke Thailand bersama dua karaven ditahan - Utusan Malaysia

Lima ahli GISBH dipercayai cuba larikan diri ke Thailand bersama dua karaven ditahan

Dua karaven serta perodua Myvi ditahan bersama lima ahli GISBH di sempadan Bukit Kayu Hitam hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima individu dipercayai ahli Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH) ditahan bersama dua karaven di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah hari ini.

Difahamkan, dua karaven atau motorhome nombor pendaftaran dari Dubai itu cuba melarikan diri ke Thailand.

Bagaimanapun, kelima-lima individu itu menggunakan alasan mahu mendaftarkan kenderaan tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Unit Risikan Sempadan Zon Utara Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan dua motorhome yang mempunyai lambang GISBH dengan nombor pendaftaran dari Dubai di sempadan Bukit Kayu Hitam.

Katanya, hasil pemerhatian mendapati kenderaan tersebut telah bergerak ke Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand.

“Susulan itu, tindakan pemeriksaan telah dibuat dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Kedah dan menahan lima lelaki bersama kenderaan-kenderaan terbabut.

“Kesemua lelaki berusia 28 tahun hingga 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 32 (a) Akta Kanak- Kanak 2001, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, pihak polis turut merampas dua karaven serta sebuah Perodua Myvi.

Jelasnya, siasatan dan proses dokumentasi masih dijalankan.

“Tangkapan dan rampasan akan dibawa ke Ibu Polis Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya