Liga Perdana dianjurkan semula?

Liga Perdana dianjurkan semula?

GIORGIO POMPILI ROSSI - Ihsan MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bakal membuat pusingan U untuk menghidupkan semula saingan Liga Perdana.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Giorgio Pompili Rossi menegaskan saingan liga divisyen kedua itu itu tidak dapat diadakan pada masa terdekat atas kekangan masa.

“Mengenai (cadangan untuk hidupkan) saingan divisyen 2 (Liga Perdana) pada tahun depan, saya rasa kita sudah kesuntukan masa.

“Namun, pihak kami (MFL) tidak menutup pintu sepenuhnya dengan menyatakan tidak atau ya (untuk membalikan Liga Perdana). Penelitian terperinci perlu dibuat sebelum melakukan perubahan pada masa akan datang,” katanya kepada media di sini hari ini.

Sebagai rekod, struktur saingan Liga Malaysia (Liga M) mengalami perubahan besar sejak musim lalu apabila Liga Perdana dimansuhkan dengan kali terakhir dianjurkan pada musim 2022.

Badan pengelola bola sepak negara itu membuat keputusan memansuhkannya kerana mahu membuka ruang buat kejohanan feeder, Piala MFL untuk menyediakan platform kepada pemain bawah 23 (B-23) bersaing secara kompetitif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya