Lelaki maut dengan 20 ditikam dipercayai disamun dalam rumah

Lelaki maut dengan 20 ditikam dipercayai disamun dalam rumah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia dipercayai dibunuh dengan 20 tikaman di seluruh badan dalam kejadian di sebuah apartment di Bandar Sri Damansara, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1 pagi tadi.

Katanya, jiranya memaklumkan berasa bimbang selepas terjadi sesuatu kepada jirannya setelah didengari bergaduh dengan individu tidak dikenali.

“Kejadian didengari bergaduh itu berlaku sekitar pukul 11 malam tadi dan pengadu tidak melihat mangsa keluar dari kediaman selepas kejadian itu.

“Sepasukan polis bertindak ke lokasi kejadian dan menemukan seorang lelaki berusia 36 tahun dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mangsa didapati terdapat 20 kesan tikaman dipercayai dilakukan individu yang masih belum dikenal pasti.

Katanya, mangsa dipercayai ditikam di rusuk kiri sebanyak lima kali, malah dia juga ditikam enam kali di kepala serta sembilan kali di kedua-dua pergelangan tangan.

“Mangsa bekerja sebagai pereka dalaman sambilan itu dipercayai tinggal sendirian di unit berkenaan yang dibelinya tahun lalu.

Beliau berkata, polis sedang mengenal pasti suspek dan motif kejadian masih dalam siasatan.

“Kita tidak menolak kemungkinan kes ini adalah pecah rumah hingga menyebabkan kematian. Barangan milik mangsa seperti beg duit, telefon bimbit disyaki telah dicuri,” katanya.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan keranan membunuh,” katanya.

Tinjauan wartawan di lokasi kejadian kejadian mendapati kawalan ketat dilakukan pengawal keselamatan terutama pergerakan keluar dan masuk penghuni dan pelawat.

Salah seorang pengawal keselamatan mendakwa, mangsa tinggal seorang diri di kediaman tersebut.

Katanya, mangsa yang tidak dikenalinya itu sudah selesai proses membawa keluar mangsa diselesaikan pasukan polis pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN