Lelaki dipenjara 14 bulan, kelar abang kerana matikan WiFi

Lelaki dipenjara 14 bulan, kelar abang kerana matikan WiFi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Gara-gara marah dengan abangnya yang mematikan WiFi di rumah, seorang lelaki berusia 27 tahun tergamak menikam abangnya dengan sebilah pisau.

Tertuduh, Daniel Fock Ming Chai mengelar tangan kanan, dada dan kaki kanan mangsa, lapor Berita.mediacorp.

Dia juga turut bertindak membakar bilik tidur mangsa yang berusia 32 tahun.

Akibat serangan itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan urat saraf serta beberapa kecederaan lain.

Mangsa dimasukkan ke wad hospital selama empat hari dan diberi cuti selama 40 hari.

Akibat kesalahan itu, Daniel dikenakan hukuman penjara selama 14 bulan.

Suspek mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.

Dua lagi pertuduhan kerana melakukan perbuatan berbahaya menggunakan api turut dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN