Laksana MA63 sekarang, tiada tangguh lagi   - Utusan Malaysia

Laksana MA63 sekarang, tiada tangguh lagi  

WARISAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Warisan (Warisan) menuntut kerajaan supaya tidak melengahkan lagi pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sempena sambutan Hari Kebangsaan semalam. 

Ketua Penerangannya, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, penting bagi negara ini memperingati perjanjian itu yang menjadi asas kepada pembentukan Malaysia. 

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Sabah bersatu untuk memastikan perkara itu dapat dilaksanakan sepenuhnya. 

“MA63 ditandatangani, dipersetujui dan dimeterai pada 1963 oleh pemimpin Sabah, Sarawak, (Singapura ketika itu) dan Malaya yang membawa kepada pembentukan Malaysia.

“Pelaksanaan MA63 wajib mengikut perlembagaan dan tidak memerlukan perbincangan lagi. Masa untuk melaksanakannya sekarang,” katanya dalam kenyataan.

Bekas ahli Parlimen Sepanggar itu mengingatkan pemimpin negara perjanjian tersebut bukan sahaja mengenai pemberian 40 peratus hasil negeri yang dikutip kerajaan Persekutuan dari negeri itu.

Katanya, MA63 turut mentakrifkan peruntukan dana antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Senarai ini termaktub dalam Perlembagaan dan disusun untuk memastikan keperluan negara dan tempatan dibiayai secukupnya sambil menghormati autonomi dan pertimbangan khas negeri-negeri yang berbeza, khususnya Sabah dan Sarawak.

“Adalah penting untuk memenuhi dan menghormati apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Sepatutnya tiada lagi jawatankuasa, tiada lagi perbincangan, tiada lagi rundingan dan tiada lagi mesyuarat,” katany – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya