JAKARTA: Mencakar adalah perilaku semula jadi kucing yang bertujuan menjaga kuku mereka agar sentiasa tajam dan dalam keadaan baik dan sebagai haiwan pemangsa, naluri binatang tersebut adalah untuk memastikan kukunya sentiasa tajam bagi memburu mangsa. Mencakar juga membantu kucing membuang lapisan lama pada kuku, memperlihatkan bahagian kuku baru yang lebih tajam di bawahnya. Namun, di samping fungsi fizikal, kebiasaan ini juga merupakan salah satu cara kucing berkomunikasi dengan kucing lain. Kucing meninggalkan tanda bau melalui kelenjar aroma di antara bantalan kaki mereka setiap kali mereka menggaruk permukaan tertentu. Bau unik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya