KPI Sarjit ditetapkan dalam tempoh terdekat

KPI Sarjit ditetapkan dalam tempoh terdekat

SARJIT Singh sedang bercakap dengan pemain-pemainnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak akan menetapkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk jurulatih kebangsaan, Sarjit Singh pada mesyuarat lembaga eksekutif akan datang.

Hal ini kerana, KHM tidak menetapkan sasaran kepada jurulatih berusia 61 tahun itu sejak pelantikannya Mac lalu berikutan mahu ‘membina’ Speedy Tigers berwajah baharu.

“Kami akan menetapkan KPI untuk Sarjit apabila tiba masanya. Kami tidak boleh menetapkan KPI sekarang kerana ianya terlalu cepat.

“Kami akan membawa perkara ini pada mesyuarat lembaga eksekutif kelak,” kata Ahmad Najmi yang juga pengurus pasukan kebangsaan.

Sarjit menjadi buah mulut peminat hoki tanah air susulan keputusan hambar pada Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2024 akibat KPI tidak ditetapkan oleh KHM.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa kejurulatihan KHM, Datuk Majid Manjit Abdullah menegaskan, Sarjit memerlukan masa untuk membina semula skuad Speedy Tigers dan akan memakan masa tiga hingga lima tahun.

“Sarjit sudah memberitahu tentang membina semula pasukan kebangsaan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan.

“Beri Sarjit peluang untuk membuktikan dirinya. Jika anda mahu menilai beliau, nilailah dia dalam tempoh 18 bulan ini,” kata Majid.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN