Klinik STL terus memperkasakan sukan sepak takraw

Klinik STL terus memperkasakan sukan sepak takraw

Seramai 150 pelajar berketurunan Orang Asli Temuan telah menyertai Klinik Sepak Takraw League (Klinik STL), di Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Klinik Sepak Takraw League (STL) meneruskan jelajah mereka bertemu dengan 150 orang pelajar berketurunan Orang Asli Temuan di Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan, Selangor, hari ini.

Ini merupakan klinik kedua dianjurkan selepas program pertama di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) 1 menerusi kerjasama Klinik
Penggalakkan Sukan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bulan lalu.

Penolong Naib Presiden Kanan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Astro, Jolyn Gasper berkata objektif utama Klinik STL ini adalah mahu memupuk minat serta mencungkil bakat dalam kalangan murid di alam persekolahan dalam sepak takraw.

“Selain daripada itu, mereka turut diberi peluang keemasan untuk beramah mesra dengan pemain profesional yang dibawah ke setiap Klinik yang diadakan.

“Kami mahu meneruskan komitmen dalam memperkasakan sukan tempatan dari peringkat akar umbi menerusi Klinik STL ini,” kata Jolyn.

Sempena Hari Malaysia, klinik STL ini turut menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dan turut diserikan dengan kehadiran pemain dari pasukan Selangor Pistons.

Sementara itu, Jolyn turut menambah Klinik STL ini akan menjelajah ke beberapa buah negari selepas ini.

“Klinik STL yang telah memasuki musim kedua ini semakin meriah dimana kita akan menjelajah ke sekolah terpilih di Wilayah Persekutuan, Selangor, Terengganu dan Perak.

“Bukan itu sahaja, dua lokasi Klinik STL iaitu di Pulau Pinang dan Johor akan dibuka kepada generasi muda yang berumur 13 tahun sehingga
17 tahun tidak kira lelaki atau wanita dapat menyertainya,” katanya.

Astro turut memberikan tiket percuma kepada pelajar yang terlibat dengan klinik untuk menyaksikan kejohanan STL yang berada di setiap negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN