GAZA: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengumumkan sebuah klinik gigi di Khan Younis dibuka semula.
Menerusi hantaran dalam X, agensi itu berkata, penduduk Gaza kini bergelut bagi mendapatkan rawatan pergigian dan perlu bergantung kepada agensi itu.
Ini disebabkan Gaza mengalami kekurangan peralatan, kemudahan serta kos perkhidmatan kesihatan swasta yang tinggi.
UNRWA merupakan penyedia utama bantuan dan perkhidmatan kesihatan di Gaza. -AGENSI