KL City FC berpesta gol di laman sendiri

KL City FC berpesta gol di laman sendiri

PEMAIN KL City FC, Jovan Motika (kanan) meraikan kejayaannya menjaringkan gol ketika membantu pasukannya menewaskan KDA FC 5-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di sini, hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur (KL) City FC menepati ramalan untuk mencipta kemenangan bergaya apabila membelasah Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

KDA FC yang sebelum ini berdepan isu tunggakan gaji sehingga mendorong skuad utama memboikot pasukan menurunkan pemain skuad Bawah 23 (B-23) dan Bawah 20 (B-20) pada aksi tersebut.

Kapten KL City FC, Paulo Jouse meledak dua gol pada perlawanan tersebut manakala Jovan Motika dan Zhafri Yahya masing-masing mencipta satu jaringan. Satu lagi diperolehi gol sendiri Hazrie Balqief Zulhadi.

Dalam aksi tersebut, tuan rumah tidak menunggu lama untuk menembusi gawang lawan hasil percubaan pemain kelahiran Bosnia-Herzegovina, Motika pada minit ke-14 sebelum pertahanan KDA FC, Hazrie Balqief menjaringkan gol sendiri pada minit ke-23.

Selang tiga minit kemudian, pemain tengah, Zhafri meledak gol ketiga menerusi sepakan bola mati dari luar kotak penalti sebelum penyerang kelahiran Brazil, Jouse meledak gol keempat pada minit ke-49.

Tuan rumah terus menambah derita KDA FC apabila pemain naturalisasi, Jouse menjaringkan gol kelima pada minit ke-58.

Selepas ini, KL City FC dijadual bertemu Perak FC ditempat lawan pada 21 September ini manakala KDA FC menentang Penang FC di laman sendiri (20 September). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya