Khabib dapat sambutan hangat

Khabib dapat sambutan hangat

PENGASAS penganjur antarabangsa berkenaan, Khairul Amar Razali (tengah) bersama Ketua Pegawai Operasinya, Munira Mustafa ketika sidang akhbar Khabib Nurmagomedov Live In Malaysia 2024, di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jaguh atlet seni bela diri campuran (MMA) dunia, Khabib Nurmagomedov dijangka akan mendapat sambutan hangat dari Malaysia selepas hadir ke tanah air buat julung kalinya, hujung bulan ini.

Perkara itu diakui oleh Ketua Pegawai Operasi penganjur antarabangsa, Munira Mustafa yang berkata, 50 peratus daripada keseluruhan tiket telah terjual dalam masa seminggu selepas tarikh dibuka.

“Alhamdulillah, 50 peratus tiket telah terjual iaitu sebanyak tiga kategori daripada enam kategori.

“Kategori Dagestan, The Champion dan Royal Box sudah habis terjual. Kami akan cuba mempromosi bagi baki tiga kategori ini untuk memastikan tiket habis terjual,” katanya ketika sidang akhbar Khabib Nurmagomedov Live In Malaysia 2024, di sini, hari ini.

Kemasukan ke acara itu adalah melalui pembelian tiket bermula serendah RM159 (Dagestan), RM259 (Undisputed), RM399 (Send me location), RM499 (The Eagle), RM1,699 (The Champion) dan RM1,699 bagi tempat duduk Royal Box.

Sementara itu, kedatangan bekas juara lightweight UFC itu bakal mengadakan kunjungan hormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan acara Khabib Nurmagomedov Live In Malaysia 2024.

Menurut Munira, kunjungan itu juga akan disusuli dengan lawatan mempromosikan Malaysia di mata dunia.

“Beliau (Khabib) akan sampai pada 27 September dan kemudian acara akan bermula pada keesokan harinya.

“Pada 30 September, beliau akan mengadakan lawatan bersama Perdana Menteri sebelum pulang dari Malaysia,” katanya.

Acara ini terhad kepada 3,000 penonton dan dijadualkan berlangsung pada 29 September ini di sebuah pusat dagangan sekitar ibu kota. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN