Ketua ultras bunuh penjenayah Itali

Ketua ultras bunuh penjenayah Itali

PENYOKONG Inter Milan berdiri di hadapan kain rentang 'Juara Itali' di luar stadium sebelum aksi Serie A baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Ketua kumpulan penyokong tegar Inter Milan telah menikam seorang anggota kumpulan jenayah Itali sehingga mati dengan mendakwa ia adalah tindakan untuk mempertahankan dirinya.

Andrea Beretta, 49, ketua ‘curva nord’ (bahagian utara) berkata individu yang ditikamnya adalah seorang penyokong Inter, Antonio Bellocco, 36, selepas dia menembak kaki Beretta dengan senjata api, kata peguamnya dan laporan media Itali.

Beretta akan disoal siasat di katil hospitalnya oleh seorang pendakwa raya, kata peguamnya, Mirko Perlino.

Kedua-dua lelaki itu bertengkar ketika mereka menaiki kereta bersama di luar pusat sukan di pinggir bandar Milan, Cernusco sul Naviglio.

Perlino memberitahu bahawa anak guamnya telah menikam di bahagian leher mangsa sebagai tindakan mempertahankan dirinya.

Pendakwa raya yang dilantik untuk kes ini adalah Palo Storari, yang mengkhususkan jenayah terancang dan telah mengetuai siasatan terhadap pembunuhan Vittorio Boiocchi.

Beretta telah disabitkan beberapa kali terhadap keganasan yang dilakukannya dan kes pengedaran dadah telah menjadi ketua ultras Inter selepas ketua mereka, Boiocchi dibunuh pada Oktober 2022. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya