Ketua Junta Myanmar tagih bantuan asing selepas banjir melanda

Ketua Junta Myanmar tagih bantuan asing selepas banjir melanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAUNGOO: Ketua Junta Myanmar, Min Aung Hlaing menagih bantuan asing bagi menangani banjir yang mengorbankan banyak nyawa serta menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Beliau mengarahkan pegawai kerajaan untuk menghubungi negara asing bagi mendapatkan bantuan penyelamatan dan disalurkan kepada mangsa.

Sebelum ini, tentera Myanmar menyekat bantuan kemanusiaan dari luar negara.

Tahun lalu, pihaknya menggantung kebenaran perjalanan bagi kumpulan bantuan yang cuba membantu sejuta mangsa Taufan Mocha yang melanda barat negara itu.

Taufan Yagi yang melanda Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand mengorbankan hampir 300 orang menyebabkan banjir dan tanah runtuh.

Di Myanmar, lebih 235,000 orang terpaksa berpindah akibat banjir yang menambah kesengsaraan penduduk kerana negara itu masih dilanda perang sejak tentera merampas kuasa pada 2021.

Di Taungoo, kira-kira sejam dari selatan ibu negara Naypyidaw, penduduk mengayuh rakit untuk meredah banjir.

Seorang petani, Naung Tun berkata, dia terpaksa membawa tiga lembu miliknya ke kawasan yang lebih tinggi berhampiran Taungoo selepas banjir melanda kampungnya.

“Saya kehilangan beras, ayam dan itik. Saya tidak kisah dengan barang-barang lain. Tiada yang lebih penting daripada nyawa manusia dan haiwan,” katanya kepada AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN