Kesatuan Buruh AS enggan sokong Trump atau Harris

Kesatuan Buruh AS enggan sokong Trump atau Harris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Salah satu Kesatuan Buruh Amerika Syarikat (AS) paling berpengaruh, International Brotherhood of Teamsters menolak untuk menyokong mana-mana calon yang bertanding sebagai Presiden AS, buat kali pertama sejak 1996. 

Kesatuan itu yang mempunyai kira-kira 1.3 juta ahli di seluruh AS dan Kanada menerima ‘beberapa komitmen mengenai isu teratas Teamsters’ sama ada dari calon Demokrat, Kamala Harris atau calon Republikan, Donald Trump. 

Pihaknya juga mendakwa tinjauan pendapat mendapati ‘tiada sokongan muktamad’ untuk mana-mana calon, walaupun dua tinjauan baru-baru ini menunjukkan sokongan berat sebelah untuk Trump. 

Tindakan itu merupakan tamparan hebat kepada usaha kempen Harris untuk memenangi hati pengundi kelas pekerja dalam tempoh kurang daripada 50 hari sebelum pilihan raya menjelang.  

Pengiktirafan itu penting bagi menggerakkan ribuan Teamsters yang tinggal, bekerja dan mengundi di negeri medan pertempuran penting di Pennsylvania, Michigan dan Wisconsin. 

Tidak lama selepas pengumuman itu, beberapa majlis wilayah Teamsters yang mewakili lebih setengah juta ahli di Michigan, Wisconsin, Nevada dan California menzahirkan sokongan terhadap Harris. 

Dalam satu kenyataan, Jurucakap Kempen Harris, Lauren Hitt berkata, pihaknya memperoleh sokongan daripada ‘majoriti buruh’ dan ramai penduduk tempatan Teamsters menyokong pencalonannya.

“Walaupun Trump berkata pekerja yang melancarkan mogok perlu dipecat, namun Harris benar-benar berdiri teguh bersama barisan piket dan tenaga kerja,” katanya. -BBC 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN