Kemarau berpanjangan, Ecuador catu bekalan elektrik

Kemarau berpanjangan, Ecuador catu bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QUITO: Kerajaan Ecuador terpaksa melakukan catuan bekalan elektrik selama sembilan jam semalam, di 12 daripada 24 wilayah di negara ini dan meletakkan 19 kawasan dalam amaran merah akibat kemarau yang mengurangkan paras air loji hidroelektrik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh unit komunikasi Presiden, Daniel Noboa malam kelmarin di platform social X, catuan itu dilakukan bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang waktu tempatan.

Ia merupakan langkah tambahan kepada rancangan kerajaan yang diumumkan Selasa lalu untuk melaksanakan catuan bekalan elektrik selama lapan jam setiap malam di seluruh negara bermula hari ini hingga Khamis.

Ecuador mengalami kemarau melampau dalam tempoh 61 tahun dan krisis tenaga berikutan masalah kekurangan penyelenggaraan empangan sedia ada dan kontrak untuk memastikan penghasilan tenaga baharu.

Pihak berkuasa Ecuador menyatakan, catuan bekalan elektrik semalam terpaksa dilakukan bagi melindungi sumber air.

Langkah itu diambil selepas sesi Jawatankuasa Operasi Kecemasan malam kelmarin.

Menteri Alam Sekitar, Ines Manzano kelmarin memberitahu wartawan di Cuenca, sebanyak 19 wilayah di Ecuador mengalami masalah kekurangan air, isu kebakaran dan keselamatan makanan.

“Pihak-pihak yang berkaitan mesti mematuhi cadangan yang dipersetujui jawatankuasa ini termasuk amaran merah yang dikeluarkan,” katanya.

Selepas kerajaan mengumumkan catuan bekalan elektrik, tentera dikerah ke loji hidroelektrik Mazar yang mempunyai kapasiti sekitar 170 megawatt bagi menyokong operasi dan melindunginya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN