Kebakaran hutan, Bolivia isytihar darurat - Utusan Malaysia

Kebakaran hutan, Bolivia isytihar darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LA PAZ: Bolivia semalam mengisytiharkan darurat di negara ini berikutan kebakaran hutan yang kini telah merebak ke kawasan seluas tiga juta hektar.

Menteri Pertahanan, Edmundo Novillo pada sidang akhbar semalam memaklumkan, pengumuman itu membolehkan negara ini menyelaras usaha bantuan dan menerima sokongan antarabangsa dengan cepat.

“Ini akan membolehkan kami mendapatkan sokongan yang lebih pantas dan berkesan daripada negara-negara luar dan kerjasama antarabangsa,” katanya.

Agensi penyelidikan angkasa Brazil yang memantau kebakaran, Inpe menyatakan, Bolivia menyaksikan jumlah kebakaran hutan terbesar sejak 2010 dengan sekurang-kurangnya tiga juta hektar terbakar tahun ini.

Amerika Selatan sedang mengalami kemuncak musim kebakaran selepas musim kebakaran awal yang luar biasa mula memusnahkan negara pada Julai lalu berikutan kemarau.

Pasukan pemadam kebakaran Bolivia dikerahkan dan kerajaan telah meminta bantuan antarabangsa.

Sukarelawan tempatan juga melakukan pelbagai cara untuk melindungi tanah pertanian dan ladang ternakan daripada kebakaran hutan berhampiran di Chiquitano, utara Concepcion, namun tidak berhasil.

Selain Bolivia, Brazil dan Paraguay turut terjejas akibat kebakaran hutan berkenaan.

Di Brazil, kebakaran besar di bandar-bandar dan hutan hujan Amazon tahun ini, merupakan yang terburuk dalam 20 tahun selepas kemarau teruk melanda negara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya