Jutawan maut akibat sesak nafas dalam insiden kapal karam

Jutawan maut akibat sesak nafas dalam insiden kapal karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALERMO – Jutawan Teknologi Britain, Mike Lynch meninggal dunia akibat sesak nafas selepas kehabisan oksigen selepas mayatnya ditemukan di kapal layar milik keluarganya yang tenggelam di luar pantai Sicily, bulan lalu.

Menurut sumber penyiasatan yang memetik hasil pemeriksaan awal pada Sabtu, Lynch, bersama anak perempuannya, Hannah, 18, seorang tukang masak dan empat tetamu terkorban apabila kapal layar super, Bayesian, karam semasa cuaca buruk yang di pelabuhan Porticello, berhampiran Palermo, 19 Ogos lalu.

Hasil awal pemeriksaan terhadap mayat Hannah Lynch, yang dilakukan pada Sabtu belum muktamad, menurut sumber itu kepada Reuters.

Ia hanya mengesahkan tiada sebarang trauma atau luka sebagai punca kematian, tetapi kemungkinan mangsa kehilangan oksigen atau lemas juga belum dapat dipastikan.

Mayat mangsa, kecuali tukang masak, ditemukan di kabin sebelah kiri kapal sepanjang 56 meter itu, dengan penumpang yang terperangkap mungkin cuba mencari saki-baki gelembung udara, kata ketua Bomba Palermo bulan lalu.

Keputusan awal bedah siasat terhadap empat mangsa lain iaitu Pengerusi, Morgan Stanley International, Jonathan Bloomer, isterinya Judith, peguam Chris Morvillo, dan isterinya Neda menunjukkan sesak nafas sebagai punca kematian yang paling realistik, menurut sumber kehakiman awal minggu ini.

Seramai 15 orang terselamat, termasuk isteri Lynch, yang merupakan pemilik kapal layar Bayesian, dan kapten kapal tersebut.

Pemeriksaan awal terhadap tukang masak kapal, Recaldo Thomas menunjukkan dia meninggal dunia akibat lemas.

Ujian forensik lanjut telah diarahkan terhadap semua mangsa, dengan keputusan dijangka diumumkan dalam beberapa minggu akan datang, tambah sumber itu.

Insiden kapal karam ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pakar maritim, yang berpendapat kapal seperti Bayesian, yang dibina oleh pengeluar kapal layar mewah Perini sepatutnya mampu bertahan dalam ribut tersebut dan tidak tenggelam secepat itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya