Jokowi mula tugas di Ibu Kota Nusantara - Utusan Malaysia

Jokowi mula tugas di Ibu Kota Nusantara

PRESIDEN terpilih, Prabowo Subianto (kanan) dan Presiden Jokowi (tengah) dalam sidang akhbar di hadapan Istana Garuda di Nusantara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) bertolak ke Kalimantan Timur hari ini bagi memulakan tugas pertama di Ibu Kota Nusantara (IKN).

Jokowi bersama rombongannya berlepas dari Pangkalan TNI AU Halim Perdanakusuma Jakarta dengan menaiki Pesawat Kepresidenan Indonesia-1 pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Aji Muhammad Sulaiman Sepinggan, Kota Balikpapan, Jokowi menuju IKN di Wilayah Penajam Paser Utara dengan menaiki helikopter Super Puma Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU).

“Jokowi akan memulakan kerjanya di IKN dan dijadualkan untuk mengadakan pertemuan serta memberikan arahan kepada para pegawai TNI dan Polri 2024 yang akan diadakan di Ruang Nusantara, Istana Negara, IKN,” kata Timbalan Bidang Protokol dan Media Sekretariat Presiden, Yusuf Permana dalam kenyataan.

Jokowi akan berada di IKN sehingga 19 Oktober ini dan akan melakukan lawatan kerja ke beberapa daerah di samping mengadakan mesyuarat bersama menteri dan bertemu pelabur.

“Selama di Nusantara, saya akan bergerak ke beberapa daerah tetapi mungkin berangkat dari IKN,” kata Jokowi pada Selasa.

Sementara itu, Menteri Setiausaha Kabinet, Pramono Anung berkata, Jokowi akan mengadakan mesyuarat kabinet di IKN pada Jumaat sekaligus yang terakhir dalam pemerintahan Jokowi-Ma’ruf.

Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat, Basuki Hadimuljono berkata, peletakan batu pertama (groundbreaking) projek akan dilaksanakan di IKN pada minggu depan, bertepatan dengan Jokowi memulakan kerjanya .

Sebanyak enam hingga sembilan syarikat, termasuk dua syarikat asing, dijadualkan untuk melakukan groundbreaking dan beberapa syarikat tempatan terlibat dalam pembangunan kawasan serta pusat konvensyen.

Sekretariat Presiden, Heru Budi Hartono sebelum ini, berkata, Jokowi akan berada di IKN dari 10 September hingga 19 Oktober ini, menjadikannya salah satu tempoh terpanjang beliau menetap di lokasi baharu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya