Jerman perketat kawalan sempadan bagi bendung PATI

Jerman perketat kawalan sempadan bagi bendung PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Kerajaan Jerman mengumumkan rancangan untuk memperketat kawalan di semua sempadan negara itu dalam usaha menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) sekaligus melindungi orang awam daripada ancaman.

Kawalan yang biasanya tidak wujud dalam zon pergerakan bebas Eropah atau kawasan Schengen, akan bermula pada 16 September selama enam bulan, kata Menteri Dalam Negeri, Nancy Faeser, pada Isnin.

Kerajaan juga merangka skim yang membolehkan pihak berkuasa menolak lebih ramai PATI secara langsung di sempadan Jerman, tambah Faeser, tanpa memberikan butiran lanjut mengenai langkah kontroversi dan rumit dari segi undang-undang tersebut.

Sekatan itu merupakan sebahagian daripada langkah-langkah yang diambil oleh Jerman dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk memperkukuhkan pendirian terhadap PATI berikutan peningkatan ketibaan mereka, terutamanya yang melarikan diri dari peperangan dan kemiskinan di Asia Barat.
Kebimbangan mengenai isu PATI semakin meningkat di Jerman susulan serangan tikaman sehingga menyebabkan kematian melibatkan suspek yang merupakan pencari suaka.

Selain itu, isu ini juga digunakan oleh parti AFD yang memenangi pilihan raya negeri di Thuringia baru-baru ini, sekaligus menjadi parti sayap kanan pertama sejak Perang Dunia Kedua memenangi pilihan raya di Jerman.

Faeser berkata, model baharu akan membolehkan kerajaan menolak lebih ramai PATI, namun ia tidak dapat membincangkan model itu sebelum rundingan sulit dengan pihak konservatif.

Kawalan ini mungkin akan menguji perpaduan Eropah jika ia menyebabkan pihak berkuasa Jerman meminta negara lain menerima kembali sejumlah besar pencari suaka dan migran.

Satu tindak balas terhadap migrasi telah berlaku di Jerman sejak negara itu menerima lebih sejuta orang yang kebanyakannya melarikan diri dari negara-negara yang dilanda peperangan seperti Syria semasa krisis migrasi 2015/2016.
Menurut pakar migrasi, ia mencapai titik kemuncak pada 2022 selepas Jerman secara automatik memberikan suaka kepada sekitar sejuta rakyat Ukraine yang melarikan diri dari pencerobohan Russia meskipun sedang bergelut dengan krisis tenaga dan ekonomi. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN