Jangan terpedaya bantuan kewangan menerusi MyKad – JPN

Jangan terpedaya bantuan kewangan menerusi MyKad – JPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan bahawa tiada sebarang bentuk bantuan wang tunai yang dibuat oleh jabatan ini.

JPN berkata, hantaran-hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun di platform TikTok itu adalah palsu.

Jelasnya, sebarang maklumat berhubung bantuan kewangan kerajaan hanya boleh disemak di portal rasmi STR (bantuantunai.hasil.gov.my).

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan hantaran sebegini. Jangan sekali-kali menekan pautan yang tidak pasti.

“Untuk sebarang pertanyaan berkaitan JPN, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8880 7077 atau emel ke [email protected],” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular di platform tular berhubung cara bagaimana untuk mendapat bantuan sehingga RM700 melalui MyKad.

Menerusi video itu, mereka meminta orang ramai untuk menyemak semakan di akaun itu dengan menyediakan pautan untuk ditekan yang dipercayai boleh menjadi mangsa scammer. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya