HANOI: Sebuah jambatan di utara Vietnam runtuh selepas dilanda Taufan Yagi, yang sehingga ini sudah meragut lebih 100 nyawa sejak melanda negara itu, Sabtu lalu. Rakaman kamera papan pemuka menunjukkan detik Jambatan Phong Chau di wilayah Phu Tho runtuh pada Isnin, sehingga menyebabkan beberapa kenderaan terhumban ke dalam air. Detik sebuah lori terjunam ke dalam air apabila bahagian geladak jambatan runtuh sebelum pemandu sempat berhenti juga sempat dirakam oleh kamera. Sehingga sekarang, sekurang-kurangnya tiga orang diselamatkan dari sungai tersebut dan operasi mencari sedang dijalankan bagi mengesan 13 lagi yang masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya