Israel pintas peluru berpandu dari Lubnan - Utusan Malaysia

Israel pintas peluru berpandu dari Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Siren amaran berbunyi di ibu negara Israel, Tel Aviv, hari ini selepas satu peluru berpandu berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara, kata tentera Israel.

Menurut kenyataan tentera, peluru berpandu itu dikesan melintasi sempadan dari Lubnan dan dipintas tanpa menyebabkan sebarang kerosakan atau kemalangan jiwa.

Tiada perubahan pada arahan pertahanan awam untuk kawasan tengah Israel.

Siren amaran turut berbunyi di kawasan lain di tengah Israel, termasuk bandar Netanya.

Kumpulan Hezbollah yang disokong Iran di Lubnan telah melancarkan ratusan peluru berpandu dan roket ke arah Israel dalam beberapa hari kebelakangan ini, ketika konflik di sepanjang sempadan selatan Lubnan semakin memuncak.

Tentera Israel sedang melaksanakan serangan udara paling berat dalam peperangan ini, menyasarkan pemimpin Hezbollah dan memusnahkan ratusan yang lain di Lubnan.

Serangan ini meragut lebih 500 nyawa dan mencederakan lebih 1,800 orang.

Pada Selasa, satu serangan di Beirut mengorbankan Komander Kanan Hezbollah, Ibrahim Qubaisi, yang mengetuai pasukan peluru berpandu dan roket kumpulan itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN