BEIRUT: Tentera Israel melakukan beberapa serangan udara yang menyasarkan bangunan pangsapuri kediaman di selatan Beirut, malam semalam.
Serangan yang disifatkan sebagai ‘belum pernah berlaku sebelum ini’ menyebabkan kanak-kanak terkorban ketika anggota penyelamat menggali sisa runtuhan.
Tentera Israel melancarkan gelombang serangan terhadap Beirut selepas menolak gesaan global untuk gencatan senjata dengan Hezbollah.
Rejim ketenteraan Tel Aviv itu terus mempergiatkan kempen pengeboman yang mengorbankan lebih 700 orang di Lubnan, sejak Isnin lalu. -AL JAZEERA