Israel, Hezbollah : Siapa lebih kuat? - Utusan Malaysia

Israel, Hezbollah : Siapa lebih kuat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Sejak tempoh 11 bulan lalu, tentera Israel dan pejuang Hezbollah saling berbalas serangan di selatan Lubnan. 

Sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang dikepung di Gaza, Hezbollah melancarkan serangan terhadap Israel, lapor Al Jazeera. 

Untuk rekod, Israel menyerang Hezbollah hampir empat kali ganda berbanding kumpulan pejuang tu, dengan mencatatkan lebih 7, 800 serangan di sepanjang kawasan sempadan 120 kilometer (KM). 

Hezbollah yang ditubuhkan pada 1982 untuk memerangi pencerobohan dan pendudukan Israel di selatan Lubnan pernah memberi amaran pihaknya hanya akan berhenti menyerang Israel jika serangan terhadap Gaza dihentikan. 

Ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah berkata, kumpulan pejuang itu bukan berhasrat mencetuskan peperangan, namun bersedia berdepan sebarangan tindakan pencerobohan oleh rejim Israel. 

Dianggap sebagai kumpulan pejuang bukan kerajaan paling tegar dalam pertempuran di Asia Barat, Hezbollah pernah berperang selama 34 hari menentang Israel pada 2006, yang dilihat sebagai kegagalan strategik dan ketenteraan Israel. 

Disebabkan itu, beberapa pucuk pimpinan Israel berikrar mahu menyingkirkan Hezbollah dari selatan Lubnan, walaupun terpaksa menggunakan kekerasan.

SERANGAN BALAS  

Berdasarkan Data Lokasi dan Peristiwa Konflik Bersenjata (ACLED), Israel saling bertukar serangan dengan 9,613 serangan terhadap Hezbollah, termasuk kumpulan bersenjata lain di Lubnan, dari 7 Oktober hingga 6 September lalu. 

Kira-kira 82 peratus daripada serangan itu (7,845) dilakukan oleh tentera Israel, yang meragut 646 nyawa di Lubnan. 

Hezbollah dan kumpulan bersenjata lain melancarkan 1,768 serangan yang mengorbankan 32 warga Israel. 

Selain Hezbollah yang paling banyak menangkis serangan Israel, pihak lain yang terlibat dalam serangan itu termasuk pasukan al-Fajr Lubnan, serta Gerakan Amal dan Briged Qassam Hamas, Briged al-Quds Jihad Islam Palestin. 

KEKUATAN ISRAEL 

Israel memiliki peluru berpandu paling canggih di Asia Barat, kebanyakannya dihasilkan di dalam negara, tetapi kebanyakan peluru berpandu adalah dari Amerika Syarikat. 

Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) merekodkan kebanyakan keupayaan Israel adalah sistem serangan taktikal jarak dekat, termasuk peluru berpandu Popeye, Extra dan Gabriel. 

Antara peluru berpandu jarak jauhnya ialah peluru berpandu balistik Jericho 2 dan Jericho 3 dengan jarak 1,500 hingga 3,5000 KM dan 4,800 hingga 6,500 KM. 

Walaupun tiada pengakuan secara rasmi, Israel dipercayai memiliki sekurang-kurangnya 90 senjata nuklear. 

SENJATA HEZBOLLAH

Hezbollah dianggap sebagai pasukan pertahanan bukan rasmi negara yang paling bersenjata di dunia, dengan anggaran 130,000 senjata roket, menurut CSIS.

Institut Penyelidikan Keselamatan Negara Israel menganggarkan Hezbollah mempunyai 40,000 peluru berpandu jenis Grad dengan jarak pendek 15 ke 20 KM. 

Selain itu, 80,000 peluru berpandu jarak jauh, termasuk peluru berpandu balistik Fajr 3 dan Fajr 5, dengan jarak 100 KM. 

Kumpulan pejuang itu juga memiliki 30,000 peluru berpandu Zelzal atau Fateh-110 dengan jarak 200 hingga 300 KM. 

Ia adalah senjata jarak jauh dalam inventori Hezbollah yang berupaya menjejaki selatan Israel. 

Lokasi dan jumlah serangan Israel di selatan Lubnan: 

* Aita al-Shaab : 391 serangan 

* Naqoura : 303 serangan 

* Kfar Kila : 294 serangan 

* Hula : 291 serangan 

* Tayr Harfa : 246 serangan 

Serangan kumpulan Lubnan di utara Israel: 

* Kiryat Shmona : 154 serangan 

* Metula : 103 serangan 

* Margaliyot : 99 serangan 

* Manara : 91 serangan 

* Shtula : 83 serangan 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN