GAZA: Sebanyak tiga butir bom yang dijatuhkan oleh pesawat pejuang Israel terhadap khemah pelarian yang terlantar di selatan Gaza, meninggalkan tiga kawah besar sekaligus timbul persoalan mengenai penggunaan senjata besar di ruang padat penduduk. Awal pagi Selasa lalu, pengeboman Israel terhadap kem pelarian al-Mawasi mengorbankan 19 orang dan ramai yang mengalami kecederaan. Letupan itu menyebabkan 22 orang masih hilang. Israel dengan alasan sama kononnya menyasarkan Hamas. Serangan itu dikutuk hebat oleh rakyat Palestin dan kumpulan bantuan sebagai jenayah perang. Seorang saksi,Tala Herzallah, 22, memberitahu Al Jazeera, dia dan keluarganya sedang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya