Indonesia raih mata, ikat Australia

Indonesia raih mata, ikat Australia

PEMAIN Australia Cameron Burgess (tengah) cuba menandukkan bola di utara dengan dicabar pertahanan Indonesia dalam aksi Kelayakan Pusingan Ketiga Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indonesia berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas seri 0-0 dengan Australia pada aksi di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan skuad Garuda mengumpul dua mata dalam Kumpulan C selepas mengutip mata pertama ketika mengikat Arab Saudi 1-1 di tempat lawan, Jumaat lalu.

Indonesia yang menghuni tangga ke-133 bermula garang apabila berjaya melakukan dua percubaan tepat menerusi Sandy Walsh bagi memberi tentangan kepada Australia yang berada di kedudukan ke-24 dunia.

Bagaimanapun, selepas itu Australia yang mahu bangkit daripada kekalahan 0-1 kepada Bahrain, menguasai hampir keseluruhan perlawanan tetapi gagal merobek gawang tuan rumah yang dikawal oleh Maarten Paes.

Paes bertindak cemerlang dengan menafikan percubaan deras Harry Souttar pada minit ke-21 sebelum Souttar sekali lagi kecewa apabila tandukannya diselamatkan penjaga gol Indonesia itu tiga minit berselang.

Tuan rumah yang mendapat sokongan ribuan penyokong Garuda, nyaris bolos pada minit ke-34 apabila Paes gagal menyelamatkan rembatan jarak jauh Nestory Irankunda dan bola terkena palang, namun pertahanan Indonesia bertindak pantas mengeluarkan bola dan kedudukan kekal 0-0 sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Australia terus melakukan serangan bertali arus namun buntu menewaskan Paes.

Aksi berbalas serangan antara kedua-dua pasukan gagal menghasilkan gol sekali gus terpaksa berkongsi satu mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya