Indonesia bakal bawa masuk dua pemain Eredivisie

Indonesia bakal bawa masuk dua pemain Eredivisie

MEES Hilgers (kiri) bersama KETUA Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir. - IHSAN ERICK THOHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia bakal memperkuatkan barisan mereka selepas dilaporkan akan membawa masuk dua pemain warisan baharu dalam skuad terbabit.

Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir memuat naik gambar di laman sosial X miliknya yang menunjukkan beliau makan malam bersama dua pemain iaitu, Mees Hilgers dan Eliano Reijnders.

Gambar terbabit mencetuskan spekulasi bahawa dua pemain ini akan memperkuatkan skuad Garuda dalam perlawanan peringkat antarabangsa selepas ini.

Hilgers merupakan pemain pertahanan yang beraksi bersama kelab Eredivisie iaith TC Twente sejak 2011 yang mana sudah bersama skuad terbabit dari peringkat bawah umur.

Menurut laporan di Indonesia, pemain berusia 23 tahun itu berdarah Indonesia melalui ibunya dari Manado.

ELIANO Reijnders (kiri) bersama KETUA Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir ketika makan malam. – IHSAN ERICK THOHIR

Reijnders turut dari liga yang sama iaitu PEC Zwolle sebagai pemain sayap.

Beliau merupakan adik kepada pemain skuad kebangsaan Belanda, Tijani Reijnders yang mana kedua-dua pemain berkenaan berdarah Indonesia menerusi ibunya yang berasal dari Maluku.

Skuad bimbingan Shin Tae Yong kini memiliki lebih 11 pemain warisan yang dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya