India-UAE perluas kerjasama sumber tenaga - Utusan Malaysia

India-UAE perluas kerjasama sumber tenaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani perjanjian  bekalan gas asli cecair (LNG), kerjasama nuklear dan rizab petroleum strategik.

Persetujuan itu dibuat ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Khaled Mohamed Zayed Al Nahyan meneroka peluang untuk meluaskan kerjasama ke bidang baharu seperti AI dan mineral kritikal.

Kedua-dua pihak turut menandatangani perjanjian yang membolehkan syarikat milik India membawa minyak mentah dari Abu Dhabi ke India, sementara UAE menerusi syarikat Abu Dhabi Developmental Holding Company akan membina sebuah kilang makanan di Gujarat.

India menyambut kedatangan Khaled yang juga pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi, ke India diiringi delegasi terdiri daripada menteri, pegawai kanan dan pemimpin perniagaan.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar, Randhir Jaiswal di platform X berkata, kedua-dua pemimpin itu membincangkan pelbagai perkara termasuk meluaskan kerjasama dalam bidang baharu.

“Mereka menekankan keperluan untuk meneroka bidang-bidang baharu terutamanya melibatkan tenaga nuklear, mineral kritikal, hidrogen hijau, AI dan teknologi terkini,” jelas jurucakap itu.

Modi dalam laman X turut memuji pertemuan itu yang disifatkan sangat bermanfaat dan membuahkan hasil.

Perjanjian selama 15 tahun untuk bekalan LNG antara Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dan Indian Oil Corporation Limited merangkumi bekalan satu juta tan metrik setahun (MMTPA) dari projek gas Ruwais ADNOC yang berkarbon rendah.

Ini adalah kontrak ketiga yang ditandatangani oleh India dalam tempoh kurang setahun untuk mengukuhkan keselamatan tenaga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN