India bakal uji kekuatan Harimau Malaya

India bakal uji kekuatan Harimau Malaya

HARIMAU Malaya akan mengadakan aksi persahabatan menentang India di tempat lawan pada November ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti mengadakan aksi persahabatan menentang India di tempat lawan pada 19 November ini.

India menjadi pasukan kedua bersetuju mengadakan aksi persahabatan bersama Harimau Malaya yang sebelum itu dijadual bertemu New Zealand pada 14 Oktober ini di tempat lawan.

FAM dalam satu kenyataan berkata perlawanan tersebut bakal diadakan dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan pihaknya kini sedang mencari satu lagi pasukan untuk mengadakan aksi persahabatan pada tempoh tersebut.

“Venue dan waktu sepak mula perlawanan akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan oleh pihak tuan rumah iaitu Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF).

“Perlawanan tersebut bakal berlangsung dalam kalendar FIFA, 11 hingga 19 November 2024 yang mana FAM juga pada ketika ini masih sedang mengesahkan satu lagi aksi persahabatan dengan pasukan lain dalam tempoh berkenaan.

“Kali terakhir Malaysia bertemu India ialah pada 13 Oktober tahun lalu bagi aksi Pestabola Merdeka 2023 di mana skuad kebangsaan pada ketika itu dibimbing Kim Pan Gon telah mencatat kemenangan 4-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya.

Sebelum ini, Malaysia pernah bertemu India bagi dua aksi persahabatan di tempat lawan pada 2011 ketika dibimbing Datuk K. Rajagobal yang menyaksikan Harimau Malaysia seri 1-1 dan tewas 3-2.

Sebagai rekod, berdasarkan ranking terbaharu FIFA menyaksikan India berada di kedudukan ke-126 dunia manakala Malaysia di tangga ke-132. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN