Hujan lebat diramal di Bangkok minggu ini - Utusan Malaysia

Hujan lebat diramal di Bangkok minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Hujan lebat dijangka melanda Bangkok minggu ini, dengan ramalan banjir diramal berlaku di wilayah Ang Thong dan Ayutthaya.

Jabatan Meteorologi Thailand (TMD) meramalkan hujan di lebih daripada separuh kawasan di ibu negara ini sepanjang minggu ini, dengan hujan lebat yang dijangka berlaku pada hari Ahad depan.

Institut Hidro-Informatik melaporkan limpahan dari dua terusan utama di wilayah Ayutthaya, manakala Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana mengeluarkan amaran tentang kemungkinan banjir di beberapa kawasan Ang Thong dan kebanyakan kawasan di Ayutthaya dalam tempoh 24 jam akan datang.

Menurut institut tersebut, aliran Sungai Chao Phraya direkodkan pada 1,498 meter padu sesaat kelmarin.

Jabatan Pengairan Diraja pula melaporkan, kadar aliran air masih boleh dikawal di Empangan Chao Phraya.

Dalam perkembangan berkaitan, penduduk Pattaya Timur sekali lagi merasai kesan hujan yang tidak henti-henti akibat Taufan Yagi yang melanda Vietnam minggu lalu.

Sementara itu, penduduk wilayah Phayao berhadapan banjir teruk, menjejaskan rumah, jalan dan kuil di kawasan Ban Fang Min dan Ban Mae Tam Muang Chum.

Kawasan yang terjejas oleh banjir termasuk di Ban Fang Min, Moo 4, Dok Kham Tai, Dok Kham Tai, Ban Mae Tam Muang Chum, Mae Tam dan Mueang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN