PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri terkandas seawal pusingan pertama selepas tewas kepada juara dunia tahun lalu pada perlawanan pusingan pertama Terbuka China 2024, sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Changzhou itu, pasangan No. 18 dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan beregu Korea Selatan, Seo Seung Jae-Kang Min Hyuk menerusi kekalahan straight set 21-10, 21-18.
Ini merupakan pertemuan sulung antara dua gandingan itu dan menyaksikan Hon Jian-Haikal Nazri gagal menyaingi kehebatan beregu pilihan ketiga kejohanan itu.
Gandingan Korea itu seterusnya akan bertemu dengan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun pada aksi pusingan kedua esok. – UTUSAN