BEIRUT: Hezbollah mengesahkan komandernya, Ibrahim Muhammad Qubaisi ‘Hajj Abu Musa’ terbunuh di Beirut, menerusi saluran Telegram, hari ini. Hezbollah tidak menyebut lokasi atau cara kematiannya, namun Israel sebelum ini mendakwa pihaknya menyasar dan membunuh pemimpin itu dalam serangan di kawasan perumahan di pinggir selatan Beirut. Serangan itu mengorbankan enam orang dan 15 yang lain mengalami kecederaan, menurut Kerajaan Lubnan. Tentera Israel berkata, Qubaisi bertanggungjawab atas serangan roket terhadap Israel, baru-baru ini. Semalam, Kerajaan Lubnan mengumumkan jumlah kematian akibat pengeboman Israel telah meningkat kepada 558, termasuk 50 kanak-kanak dan 94 Wanita.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya