Hezbollah lancar 1,000 laras pelancar roket ke Israel

Hezbollah lancar 1,000 laras pelancar roket ke Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel melancarkan serangan udara yang meluas di selatan Lubnan dengan pesawat perangnya telah menyerang lebih 100 pelancar roket Hezbollah termasuk kemudahan penyimpanan senjata. 

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata, pelancar roket Hezbollah itu bersedia untuk ditembak terhadap Israel. 

Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sebarang kemalangan jiwa akibat serangan balas itu. 

Agensi Berita Nasional yang dikendalikan oleh Kerajaan Lubnan berkata, Israel melancarkan 52 serangan di selatan negara itu pada petang Khamis, dan Lubnan turut melancarkan serangan terhadap tapak tentera di utara Israel. 

Serangan udara Israel yang berlangsung lebih dua jam, adalah antara yang paling sengit dalam konflik, baru-baru ini. 

Pada pagi Jumaat, Israel menarik balik arahan menyekat pergerakan yang dikeluarkan pada Khamis untuk penduduk di Bukit Golan dan bahagian utara Israel. 

“IDF akan terus beroperasi untuk melemahkan infrastruktur dan keupayaan organisasi Hezbollah bagi mempertahankan Israel,” kata IDF. 

IDF juga menggesa penduduk di utara Israel yang bersempadan dengan Lubnan mengelak perhimpunan besar, menjaga kawasan kejiranan mereka dan tinggal berdekatan tempat perlindungan bom. 

Pengeboman sengit itu susulan serangan minggu ini yang menyaksikan alat kelui dan walkie talkie meletup sehingga meragut 37 nyawa dan mencederakan 3,000 orang di Lubnan. -BBC  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya