Hezbollah guna Rudal Qader-1 lancar serangan Pejabat Mossad

Hezbollah guna Rudal Qader-1 lancar serangan ke Ibu Pejabat Mossad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Kumpulan Hezbollah mendedahkan kemampuan peluru berpandu balistik jarak pendek Qader-1 yang digunakan dalam serangan bersejarah terhadap ibu pejabat Mossad Israel di Tel Aviv, menurut rakaman yang dikeluarkan oleh Media Tentera kumpulan itu.

Pada pagi Rabu, kumpulan yang disokong oleh Iran itu melancarkan serangan peluru berpandu balistik pertama mereka terhadap ibu pejabat badan perisikan Israel yang terletak di tengah-tengah kawasan metropolitan rejim Zionis tersebut.

Walaupun pihak komando tentera Israel mendakwa peluru berpandu tersebut berjaya dipintas sebelum mengenai sasarannya, serangan tersebut menunjukkan keupayaan canggih Hezbullah dan mencatatkan detik bersejarah dalam Pertempuran Banjir Al-Aqsa yang sedang berlangsung.

Rudal Qader-1 adalah senjata balistik taktikal jarak pendek permukaan ke permukaan, dilengkapi dengan kenderaan masuk semula yang boleh bermanuver (MaRV), dengan hulu ledak seberat 500 kilogram dan jarak tembakan maksimum boleh menjangkau 190 km.

Dengan spesifikasi tersebut, Hezbollah mempamerkan senjata taktikal yang unik dan belum pernah digunakan oleh mana-mana kumpulan lain di rantau ini.

Hulu ledaknya juga mampu melakukan manuver udara yang membolehkan ia menyerang sasaran dengan ketepatan tinggi dan senjata ini dilengkapi dengan sistem panduan canggih serta peranti elektronik yang membezakannya daripada roket artileri tanpa panduan seperti siri roket Katyusha dan Fadi yang biasa digunakan oleh Hezbullah.

Serangan ini turut memperlihatkan kemampuan rudal Qader-1 berdepan pertahanan udara Israel yang tinggi, memaksa Israel untuk mengerahkan sistem pertahanan Arrow dan David’s Sling, yang amat bernilai dalam menghadapi ancaman serangan, seperti yang berlaku semalam.

Sistem Tamir milik Iron Dome dilaporkan tidak efektif dalam berhadapan peluru berpandu ini.

Dengan jarak tembakan sejauh 190 km, Qader-1 mampu menyerang lokasi strategik dan pangkalan rejim Israel di kawasan Tel Aviv dan kawasan sekitarnya.
Serangan itu jelas menunjukkan Hezbullah terus menyimpan senjata strategiknya meskipun berdepan ribuan serangan udara Israel yang kononnya bertujuan untuk memusnahkan pelancar peluru berpandu dan pangkalan mereka di Lubnan, tetapi hanya menyebabkan kematian ratusan orang awam. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN