Harimau Malaya layak bergelar juara Pestabola Merdeka 2024

Harimau Malaya layak bergelar juara Pestabola Merdeka 2024

Pau Marti Vicente disimbah air oleh barisan kejurulatihannya selepas memenangi perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya sememangnya layak untuk bergelar juara Pestabola Merdeka 2024 selepas beraksi lebih baik berbanding Lubnan pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Perkara itu diakui pengendali skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente dan menjelaskan anak buahnya berjaya menguasai sebahagian besar permainan.

Malaysia yang berada di ranking ke-134 tidak berdepan masalah untuk memberi cabaran kepada lawan di ranking ke-116 dunia itu meskipun berdepan masalah pada babak kedua.

“Semua pemain bekerja keras pada aksi final ini dan ini adalah hari yang baik untuk meraikan (kejayaan Pestabola Merdeka 2024).

“Kita bermula dengan positif pada babak pertama berdepan pasukan yang bertahan dengan baik dan ada kelebihan fizikal tetapi babak kedua kita bergelut untuk mengekalkan corak permainan.

“Walaupun tidak dapat kekal corak permainan seperti babak pertama tetapi kita masih mampu mencipta peluang dan jika gol dapat dihasilkan ia akan menjadi situasi berbeza,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

PEMAIN Lubnan, Khalil Khamis (kiri) dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Malaysia, Arif Aiman Mohd Hanapi.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Malaysia akhirnya berjaya menamatkan badi kemenangan ke atas pasukan ‘Pak Arab’ dan kembali menjulang trofi Pestabola Merdeka selepas 11 tahun apabila menewaskan Lubnan 1-0.

Kemenangan ke atas menerusi gol tunggal Romel Morales menjadi detik manis buat Pau Marti yang mengatasi pencapaian bekas bosnya Kim Pan Gon untuk menjulang trofi pertama hanya selepas dua aksi mengendalikan Harimau Malaya.

Kejayaan itu juga menyaksikan skuad kebangsaan menebus kekecewaan tahun lalu selepas tewas 0-2 kepada Tajikistan di pentas akhir yang mana ketika itu Pau Marti bertindak sebagai penolong kepada Pan Gon.

Kali terakhir skuad negara muncul juara Pestabola Merdeka pada 2013 yang disertai skuad bawah 23 (B-23) tahun dengan menewaskan Myanmar 2-0 di final.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya