GENEVA: Satu perempat daripada mangsa yang cedera dalam perang di Gaza, mengalami kehilangan upaya yang akan menjejaskan kehidupan mereka, lapor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jelas agensi itu menerusi wakilnya, Rik Peeperkorn, ada antara mangsa kudung di kaki atau tangan, sementara sebahagian yang lain terpaksa menjalani proses pemulihan yang lama. “Sekurang-kurangnya 22,500 daripada penduduk awam yang cedera di Gaza dalam tempoh 11 bulan sejak perang meletus perlu menjalani pemulihan yang akan mengambil masa bertahun-tahun. “Kenaikan mendadak dalam proses ini diperlukan ketika sistem kesihatan terjejas akibat konflik yang berterusan,” kata Peeperkorn. Merujuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya