Hampir 40 kanak-kanak lemas ketika upacara agama di timur India

Hampir 40 kanak-kanak lemas ketika upacara agama di timur India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UTTAR PRADESH: Sekurang-kurangnya 46 orang termasuk 37 kanak-kanak dan tujuh wanita lemas ketika meraikan perayaan agama Hindu di timur India.

Pegawai tempatan mengesahkan kematian itu di 15 daerah dalam tempoh 24 jam lalu.

Seorang pegawai pengurusan bencana berkata, mangsa maut ketika sedang mandi di sungai dan kolam yang semakin dalam akibat banjir, baru-baru ini.

Pegawai di Bihar berkata, ramai pengunjung tidak mengendahkan paras air berbahaya di kawasan sungai semasa upacara mandi ketika perayaan itu.

Terdapat kebimbangan jumlah kematian keseluruhan akan meningkat.

Perayaan Jivitputerka selama tiga hari disambut bagi meraikan kesejahteraan kanak-kanak setiap tahun dan juga ditandai dengan golongan ibu akan berpuasa bagi anak-anak mereka. -BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN