Hamidin terima gelaran Tan Sri

Hamidin terima gelaran Tan Sri

HAMIDIN menerima darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri kepadanya daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. - Ihsan Facebook FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapat berita gembira apabila presidennya, Datuk Hamidin Mohd. Amin menerima anugerah pangkat Tan Sri hari ini.

Berita gembira tersebut diumumkan oleh Istana Negara yang mengiktiraf jasa besar yang diberikan oleh Hamidin yang banyak memberi perubahan positif kepada landskap bola sepak tempatan.

Hamidin dipilih menjadi Presiden FAM pada 2018 sehingga kini telah mengecapi pelbagai kejayaan terutamanya melibatkan skuad kebangsaan.

Antara pencapaian terbesar di bawah pimpinan beliau adalah Harimau Malaya layak beraksi secara merit di Piala Asia 2023 sekali gus menamatkan penantian selama 42 tahun.

Hamidin menerima darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Presiden FAM daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Selain memimpin FAM, Hamidin merupakan Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027.

Hamidin turut memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selain turut bertanggungjawab sebagai Ketua Kontinjen Malaysia Ke Sukan Olimpik Paris 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN