Guna panggilan ‘kau, aku’ elak cinta lokasi - Bella Astillah - Utusan Malaysia

Guna panggilan ‘kau, aku’ elak cinta lokasi – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selebriti, Bella Astillah, gusar sekiranya hubungan erat dengan rakan pelakon di set penggambaran boleh bertukar menjadi cinta lokasi.

Bagi mengelak perkara tersebut, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, akan menggunakan panggilan santai selain tidak berhubung di luar waktu bekerja.

“Saya tidak mahu perkara itu terjadi kerana kita semua manusia biasa. Jadi, selagi mana boleh kawal, kita buat.

“Bila sudah lama di lokasi penggambaran kita akan jadi selesa, jadi untuk elak perasaan tidak diingini, saya panggil pelakon lelaki guna ‘kau, aku’.

“Selain itu, jika tiada keperluan, memang tidak berhubung atau berjumpa di luar set penggambaran,” katanya.

Bella mengulas mengenai sikap profesional yang perlu ada dalam kalangan pelakon di set penggambaran.

Penyanyi Bermanja Manja itu juga turut memuji sikap rakan pelakon lelaki, Ezaidi Aziz, yang saling menghormati batasan sebagai pelakon.

“Saya sudah empat kali bekerja dengan Ezaidi. Saya puji sikapnya yang begitu menghormati pelakon perempuan.

“Hormat adalah perkara penting yang semua pelakon perlu ada. Jika mahu bergurau pun dia tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan kepada pelakon perempuan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Bella bakal tampil dalam drama terbaharu Satu Hari Nanti sebagai Aulia.

Drama yang menceritakan kisah cinta berlainan agama dan budaya lelaki bernama Noah lakonan Ezaidi Zaidi turut dijayakan Eyka Farhana, Hasnul Rahmat, Nina Kho dan Luqman Hafidz – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya