Gol Haykal Danish curi perhatian

Gol Haykal Danish curi perhatian

PEMAIN tengah skuad bawah 19 (B-19) negara, Haykal Danish Mohd Haizon (kiri) meraikan kejayaannya menjaringkan gol kedua ketika membantu pasukan menewaskan Oman 2-1 dalam aksi pertama Kelayakan Piala Asia B-20 2025 di Dushanbe, semalam. - Ihsan AFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua jaringan skuad bawah 19 (B-19) negara sudah cukup untuk membolehkan mereka menewaskan pasukan pilihan, Oman 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan E Kelayakan Piala Asia B-20 2025 di Dushanbe, Tajikistan sekali gus mengejutkan ramai pihak.

Bagaimanapun, satu daripada jaringan tersebut yang dilakukan oleh Haykal Danish Mohd Haizon pada minit ke-63 telah menjadi tumpuan apabila dengan tenang pemain berusia 19 tahun itu menyempurnakan penalti dengan gaya ‘panenka’

Teknik sepakan itu dipelopori pemain Republik Czech, Antonin Panenka namun ia menjadi popular selepas dilakukan beberapa bintang terkemuka antaranya Andrea Pirlo dan Zinedine Zidane.

Gol kedua Haykal itu membolehkan Malaysia mencipta kemenangan bermakna ke atas Oman.

Selepas ini, skuad kendalian Juan Torres Garrido akan bertemu Korea Utara esok kemudian menentang tuan rumah pada Jumaat ini dan Sri Lanka pada Ahad ini. Kesemua perlawanan itu diadakan di Stadium Republican Central, Dushanbe. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya