Gol De Ligt tutup mulut pengkritik

Gol De Ligt tutup mulut pengkritik

PERTAHANAN Manchester United, Matthijs de Ligt (kanan) dan Marcus Rashford masing-masing menjaringkan satu gol ketika membantu Red Devils menewaskan Southampton 3-0 dalam aksi liga di Stadium St Mary hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOUTHAMPTON: Pertahanan Manchester United, Matthijs de Ligt membuktikan dirinya masih berbisa apabila membantu Red Devils menewaskan Southampton 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St Mary, sebentar tadi.

De Ligt sebelum ini dipersalahkan apabila menjadi punca gawang Belanda dibolosi dua kali ketika seri 2-2 menentang Jerman dalam aksi Liga Negara-Negara pada Rabu lalu sehingga terpaksa dikeluarkan.

Pemain berusia 25 tahun itu turut menerima kritikan hebat apabila kesilapan yang dilakukannya telah menyebabkan gawang Belanda dibolosi ketika pasukannya menewaskan Bosnia-Herzegovina 5-2 pada 8 September lalu.

Dalam aksi tersebut, tuan rumah hampir berada di depan selepas dihadiahkan penalti pada minit ke-33 setelah Diogo Dalot mengasari pemain tengah Southampton, Tyler Dibling.

Bagaimanapun, tendangan Cameron Archer berjaya diselamatkan penjaga gol United, Andre Onana.

Selang dua minit kemudian, De Ligt memecah kebuntuan menerusi tandukannya berpunca daripada hantaran lintang Bruno Fernandes.

Gol kedua United hadir empat minit sebelum rehat hasil rembatan kaki kanan penyerang, Marcus Rashford dari luar kotak penalti.

Tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Jack Stephens melakukan terjahan keras terhadap penyerang United, Alejandro Garnacho pada minit ke-79.

Ketika permainan hampir tamat, penyerang Argentina, Garnacho meledak gol ketiga hasil rembatan kaki kanannya sekali gus membawa pulang tiga mata berharga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya