CALIFORNIA: Gempa bumi berukuran 4.7 skala Richter dikesan melanda California Ventura County, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gegaran yang dapat dirasakan pada pukul 7.28 pagi (waktu tempatan), berpusat di utara Malibu, kata USGS.
USGS merekodkan lima gempa susulan, dengan yang terbesar diukur pada 3.5 skala Richter.
Pakar menjelaskan gempa bumi berskala empat hingga lima, secara umumnya membawa gegaran ringan dan sangat ringan tanpa sebarang kerosakan.
Gegaran juga dapat dirasakan di pusat bandar Los Angeles.
Ramai penduduk dimaklumkan beberapa saat sebelum gegaran dikesan melalui system ShakeAlert USGS.
Jabatan Bomba Los Angeles berkata, tiada kerosakan infrastruktur atau kecederaan selepas lebih 100 balai bomba dikerah menjalankan tinjauan melalui darat, udara dan laut. -CNN