Gary Shaw meninggal dunia

Gary Shaw meninggal dunia

GARRY SHAW - Ihsan akaun X Aston Villa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas penyerang Aston Villa, Gary Shaw yang membantu kelab tersebut meraih kejayaan dalam Piala Eropah pada tahun 1982 meninggal dunia semalam pada usia 63 tahun.

Shaw adalah anggota pasukan Villa yang memenangi gelaran divisyen pertama pada 1981 dan kemudian mengejutkan gergasi Jerman, Bayern Munich dalam final Piala Eropah 12 bulan kemudian.

Penyerang tersebut meninggal dunia selepas baru-baru ini dimasukkan ke hospital akibat kecederaan kepala yang dialaminya selepas terjatuh.

“Kelab Bola Sepak Aston Villa sangat terkejut dan sangat sedih untuk mengetahui bahawa Gary Shaw, salah seorang wira kami yang memenangi Piala Eropah, telah meninggal dunia.

“Gary adalah salah seorang daripada kami, seorang penyerang berbakat yang menggembirakan penyokong dengan kehebatannya menjaringkan gol membantu Villa meraih kejayaan pada tahun 1980-an. Kejayaan individunya turut menjadi ikutan ramai dan dijadikan idola.

“Dia meninggal dunia dengan tenang disamping keluarga,” kata Aston Villa dalam satu kenyataan.

Kematian Shaw berlaku sehari sebelum perlawanan pertama Villa dalam Liga Juara-Juara selepas 41 tahun. 

Jurulatih Aston Villa, turut mengambil kesempatan merakam ucapan takziah kepada keluarga Shaw dan berharap pemainnya tidak mensia-siakan peluang beraksi di pentas Eropah itu setelah sekian lama.

“Ucapan takziah saya kepada keluarga dan semua penyokong di Villa. Kita sentiasa mempunyai memori, di tempat latihan kita ada gambar tahun 1982 dan Piala Eropah. 

“Dia adalah watak utama dalam skuad itu. Ucapan takziah saya kepada mereka. Ya, saya rasa sedih dan kita boleh menggunakannya sebagai motivasi,” kata Emery.

Shaw menjaringkan 79 gol dalam 213 penampilan termasuk 20 gol dalam kempen kemenangan gelaran pada 1981 malah turut  dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik selepas gelaran pertama Villa dalam Liga Inggeris sejak 1910. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya