Akibat tuduhan Trump, Dewan Springfield terima ancaman bom

Gara-gara tuduhan Trump, Dewan Bandaraya Springfield terima ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SPRINGFIELD: Dewan Bandaraya di Springfield, Ohio terpaksa dikosongkan selepas menerima ancaman bom berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh pegawai majlis perbandaran.

Ancaman ini muncul ketika dakwaan palsu yang disebarkan oleh ahli-ahli politik konservatif di Amerika Syarikat mengenai pendatang Haiti di kawasan itu.

Bercakap kepada wartawan pada Khamis, Datuk Bandar, Rob Rue berkata, ancaman tersebut dibuat oleh seseorang yang mendakwa dirinya penduduk tempatan dan meluahkan kemarahan terhadap peningkatan kemasukan pendatang.

“Disebabkan ancaman bom yang dihantar ke beberapa fasiliti di seluruh Springfield hari ini, Dewan Bandaraya terpaksa ditutup,” kata kerajaan bandar tersebut melalui media sosial.

Insiden ini berlaku selepas calon presiden Republikan, Donald Trump, menyertai kumpulan suara kanan yang menyebarkan khabar angin tidak berasas serta berunsur fitnah mengenai pendatang Haiti di Springfield yang kononnya menculik dan memakan haiwan peliharaan.

“Mereka makan anjing, dan mereka makan kucing,” kata Trump semasa debat dengan calon Demokrat, Kamala Harris, pada Selasa.

Laman web majlis perbandaran tersebut menganggarkan populasi pendatang di daerah tersebut adalah antara 12,000 hingga 15,000 orang, dengan kebanyakan daripada mereka adalah penduduk Haiti dan warga Haiti-Amerika.

Walaupun pendatang sering membantu memulihkan ekonomi di bandar-bandar yang mereka menetap, ahli-ahli politik konservatif menggambarkan mereka sebagai beban kepada sumber awam.

“Di komuniti seperti Springfield, Ohio, terdapat 20,000 orang Haiti, kos perumahan menjadi tidak mampu milik, penyakit berjangkit meningkat, dan orang ramai tidak mampu hidup dengan baik di bandar kecil Ohio ini,” kata calon Naib Presiden Trump, JD Vance, pada Khamis.

Seorang wanita Haiti, yang bercakap dengan syarat identitinya dirahsiakan, memberitahu sebuah akhbar tempatan bagaimana anak saudaranya ketakutan untuk pergi ke sekolah akibat isu itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN